Friday, 9 December 2016

TAN SRI LIM GOH TONG








Tan Sri Lim Goh Tong merupakan pengasas Genting Group, usahawan terkaya di Asia Tenggara pada tahun 2007. Beliau berjaya membukaan pusat hiburan Genting Highlands di negeri Pahang. Selain itu, beliau juga merupakan pengasas kasino di Malaysia dan beliau dikenali sebagai Raja Penjudi di Asia. Walaupun Tan Sri Lim Goh Tong tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi tetapi usaha yang gigih beliau membolehkan beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya. Ciri-ciri keusahawan yang dimiliki oleh Tan Sri Lim Goh Tong adalah seperti berikut :

Berwawasan

Berwawasan bermaksud seseorang yang mempunyai ciri pandangan jauh yang mendalam, terutamanya perkara yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dan lain-lain yang juga dirujuk sebagai penglihatan.. Seseorang yang berwawasan akan memikirkan atau merancang masa depan dengan imaginasi atau kebijaksanaannya. Tan Sri Lim Goh Tong memiliki ciri berwawasan untuk menubuhkan sesuatu perniagaan. Hal ini kerana berani mengubah Genting Highland dari puncak bukit yang belum diterokai kepada resort kasino yang terkenal dalam dunia ini. Apabila Tan Sri Lim Goh Tong sedang menikmati angin sejuk yang menyejukkan hati di Cameron Highlands menyebabkan beliau mempunyai visi dan hala tuju yang ingin dicapai iaitu membina sebuah kawasan pelancongan terletak di kawasan yang nyaman dan selesa. Kemudian beliau telah melakukan penyelidikan dan rancangan untuk memilih kawasan puncak gunung sebagai kawasan pembinaan Genting Highlands Resort. Beliau membentuk ekspedisi dan meneroka tempat, mengumpul pelbagai data mengenai topografi, saliran, keadaan tanah dan aspek-aspek lain yang berkaitan di rantau ini, pelbagai data ini sangat berguna dalam merangka pelan untuk membangunkan resort di puncak gunung yang mempunyai udara yang nyaman dan selesa yang mesti dapat menarik minat pelancong-pelancong.

Seterusnya, visi yang dimiliki oleh Tan Sri Lim Goh Tong bekerja keras untuk meneruskan rancangannya tanpa peduli sesiapa sahaja supaya matlamatnya membina sebuah pusat pelancongan yang bertaraf dunia dapat dicapai. Pada tahun 1971, Tan Sri Lim Goh Tong telah berjaya membina sebuah hotel yang pertama di Genting Highlands

Resort iaitu Hotel Theme Park. Selepas itu, beliau telah mengembangkan Genting Highlands Resort dengan mengandungi 5 hotel, Taman Tema Genting Highlands, pusat beli-belah dan pusat konsert. Ini menunjukkan beliau telah berjaya menubuhkan sebuah pusat hiburan yang terkenal di dunia. Akhirnya, beliau dianggap sebagai usahawan yang berjaya dan dikagumi oleh para peniaga.


Mengambil Risiko Terbuka

Mengambil risiko terbuka bermaksud usahawan yang akan mengalami ketidaktentuan dalam perniagaan sama ada kerugian atau keuntungan. Tan Sri Lim Goh Tong merupakan seorang usahawan berani mengambil risiko secara terbuka. Selepas Tan Sri Lim Goh Tong membuat keputusan untuk membangunkan projek Genting Highlands Resort sebagai destinasi pelancongan. Projek Genting Highlands Resort dianggap sebagai projek yang tidak akan berjaya dilaksanakan pada ketika dahulu kerana orang ramai menganggap projek ini terletak di kawasan puncak gunung dan terpaksa menanggung risiko yang tinggi sama ada risiko dari segi kewangan atau keselamatan dan beliau pernah dilabel sebagai orang gila. Walau bagimanapun, Tan Sri Lim Goh Tong berani untuk mengambil dan menilai risiko tersebut sampai beliau hampir mengalami muflis. Beliau telah mengambil risiko dengan melaburkan segala kewangan yang banyak dan masa yang sedia ada untuk menjayakan projek yang dianggap tidak waras ini. Semasa projek Genting Highlands Resort dijalankan, beliau tidak dapat sebarang kewangan atau pendapatan sebanyak 7 tahun.

Kawasan Genting Highland merupakan suatu puncak bukit yang belum diterokai. Oleh itu, keselamatan sepanjang projek dijalankan amat bahaya. Sebagai contoh, brek kereta hilang fungsi dan menyebabkan keretanya hampir terbabas ke dalam gaung. Beliau juga pernah ditimpa pokok dan menyebabkan kepala beliau berdarah-darah. Walaupun risiko diambil oleh Tan Sri Lim Goh Tong sangat tinggi sehingga nyaris hilang nyawa berkali-kali tetapi risiko dihadapi juga memberi peluang kepada beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan kemunculan sebuah pusat pelancongan yang bertaraf dunia iaitu Genting Highlands Resort yang dapat menarik minat pelancong-pelancong asing.


Rangkaian

Rangkaian bererti hasil dari strategi hubungan yang lepas dan sumber untuk strategi yang akan datang. Usahawan perlu menjalin hubungan yang baik dengan kakitangan, pelanggan, pembekal, institusi kewangan, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan bagi memudahkan pengurusan perniagaan. Contohnya, Tan Sri Lim Goh Tong sentiasa menjaga pekerja-pekerjanya dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang paling berharga. Selain itu, Tan Sri Lim Goh Tong mengamalkan sikap dengan menepati masa yang telah dibuat. Beliau akan hadir 10 minit lebih awal dari masa yang telah dijanjikan dan tidak pernah memungkiri janji yang telah dibuat walaupun orang itu merupakan pekerja yang berada di peringkat paling bawah. Ini disebabkan beliau mempercayai perkara seperti ini akan menjejaskan hubungan yang telah dibina dan kelakuan ini perlu dijauhi. Usaha beliau berjaya mendapati rangkaian yang kukuh dari segi dalaman dan luaran.

Amalan merendah diri dan sikap yang jujur membolehkan Tan Sri Lim Goh Tong mempunyai rangkaian perniagaan yang luas. Hubungan rangkaian amat diperlukan kerana ia membolehkan usahawan mendapat sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian. Hubungan yang baik dan rapat dapat membawa kelebihan kepada usahawan. Tan Sri Lim Goh Tong yang mempunyai banyak kenalan membolehkan beliau mendapat hak pembinaan Genting Highlands Resort dan lesen kasino dari Tunku Abdul Rahman. Rangkaian yang luas membolehkan beliau mengembangkan perniagaannya ke seluruh dunia.

Orientasi Pasukan

Orientasi pasukan merupakan bekerja dengan orang lain secara berkesan dalam satu pasukan. Hal ini sangat penting kepada seseorang usahawan kerana tidak semua kerja dapat dilakukan secara bersendirian. Genting Group ditubuhkan untuk mengurus perniagaan Tan Sri Lim Goh Tong yang melibatkan banyak industri lain seperti perladangan, hartanah, kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas dan industri bot

persiaran. Beliau membuat kerja secara berkumpulan bersama dengan pekerja-pekerjanya tanpa mengira pangkat. Beliau bertindak sebagai pengurus projek Genting Highlands Resort, jurutera, buruh dan pengawal kewangan. Kebaikan bekerja dalam satu pasukan ialah membolehkan beliau mendengar pandangan daripada pekerja untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, apabila projek Genting Highlands Resort dijalankan beliau akan bersama dengan pasukannya merentas hutan rimba dan mendaki gunung untuk sampai ke puncak gunung bagi tujuan membuat penilaian keadaan tanah dan aspek-aspek lain dan bukannya duduk di pejabat dan memberi arahan kepada pekerjanya sahaja. Beliau sanggup tinggal dalam hutan bersama dengan pasukanya bagi menyiapkan projek Genting Highlands Resort. Beliau akan menganggap pasukannya sebagai aset yang berharga kerana mereka dapat memperbaikikan kelemahan beliau. Oleh itu, beliau selalu memberi prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pekerjanya. Ini membolehkan pekerjanya sanggup bekerja keras bersama beliau untuk mencapai cita-citanya.


Kegagalan Adalah Satu Pilihan

Kegagalan adalah satu perkataan yang membawa maksud konotasi yang negatif. Kegagalan ini akan berlaku jika anda melakukan perkara yang tidak berfaedah atau tidak dirancang dengan baik. Usaha dan sikap optimistik adalah sangat penting dalam menghadapi kegagalan. Usahawan yang berjaya akan belajar daripada kesilapan dan bangkit daripada terus gagal, belajar daripadanya serta menganalisis kelemahan yang telah berlaku sebagai garis panduan untuk mengatasi kelemahan. Contohnya, Tan Sri Lim Goh Tong pernah menghadapi berkali-kali kegagalan dalam kehidupannya tetapi beliau menjadikan kegagalan dihadapi sebagai pengalaman. Seterusnya, beliau akan cuba untuk memperbaiki kelemahannya untuk mengelakkan pembuatan semula kesilapan yang sama.

Tan Sri Lim Goh Tong menyatakan bahawa kegagalan yang paling besar ialah masalah tidak mempunyai keberanian untuk membangkit semula dari kegagalan. Sebagai contoh, beliau telah mengalami masalah kesusahan mengangkat bahan binaan dan membuka jalan yang berhubung ke puncak gunung untuk tujuan pembinaan hotel

semasa menjalankan projek Genting Highlands Resort. Akhirnya, sikap tidak berputus asa dan sentiasa belajar dari kegagalan beliau berjaya membina jalan yang berhubung ke puncak gunung dalam tempoh masa selama 6 tahun sahaja untuk membina jalan tersebut. Masa digunakan untuk menyiapkan jalan tersebut adalah jauh beza dengan anggaran Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menganggap iaitu selama 15 tahun. Sikap belajar dari kesilapan menbolehkan beliau menjadi seorang usahawan yang terkaya di antara negara Asia.

Secara kesimpulannya, kerjayaan Tan Sri Lim Goh Tong perlu menitikberatkan sikap beliau yang tidak berputus asa dan memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Usaha keras, perhatian dan pengorbanan beliau membuahkan hasil dalam setiap pekerjaan yang hendak dilakukan. Beliau berani untuk mengambil risiko dan menerima pengajaran. Tan Sri Lim Goh Tong bukan sahaja membangunkan dan meningkatkan perniagaannya, namun jasa dan pengorbanan yang dibawa bersama nama negara akan dikenang sehingga akhir hayatnya.

KERJA BERPASUKAN



Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.

Ciri kerja berpasukan ini boleh dikaitkan dengan Haji Samuri yang memperkenalkan makanan iaitu Sate Kajang dan telah membuka restoran. Melalui proses transformasi yang dilalui dalam penghasilan produk dan kerja, jenama Sate Kajang sudah sebati dengan Haji Samuri.

Kejayaan beliau dikaitkan dengan pengurusan operasi iaitu kaedah yang diguna pakai untuk mereka bentuk, mewujudkan operasi dan kawalan ke atas sumber untuk diberikan kepada pelanggan.

Proses transformasi yang dimaksudkan ialah satu proses di mana organisasi mencipta nilai-nilai yang terdapat pada input dan ditukarkan kepada output (hasil).

Organisasi ini berkembang daripada sebuah entiti yang kecil kepada konglomerat yang besar dan kompleks. Bagi mempastikan organisasi ini terus berkembang dan kompetetif, budaya kerja adalah teras kepada kejayaan kerja berpasukan ini.

BERWAWASAN













Seseorang usahawan perlu mempunyai hala tuju yang ingin dicapai berdasarkan misi, visi dan objektif perniagaan yang telah dirangka. Visi terbahagi kepada tiga iaitu vusu jangka panjang (lebih dari 5 tahun), visi jangka sederhana (1 hingga 5 tahun) dan visi jangka pendek (kurang dari setahun). Usahawan yang mempunyai visi akan lebih berjaya daripada usahawan yang tidak mempunyai visi kerana mereka mempunyai perancangan yang lebih stategik terhadap perniagaan yang dilakukan.
Antara usahawan yang berwawasan dalam negara Malaysia mahupun di dunia  ialah Jimmy Choo yang merupakan usahawan yang terkenal dengan kasut yang bergaya serta eksklusif. Beliau merupakan tukang membuat kasut serta pereka kasut yang mahir. Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut daripada bahagian atas ke bahagian tapak tumit kerana beliau ingin memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasut berasa selesa serta selamat.
Jimmy Choo dilahirkan pada tahun 1961 di Pulau Pinang, Malaysia. Bapa beliau telah menjalankan perniagaan membuat kasut. Jimmy Choo telah mendapat pendedahan awal mengenai teknik membuat kasut daripada bapanya kerana bapa beliau merupakan tukang kasut sepenuh masa. Jimmy Choo mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Shih Chung dan menamatkan pelajaran beliau pada tahun enam. Beliau selalu membantu bapa dalam menghasilkan kasut dan beliau berjaya menghasilkan kasut rekaan pertama ketika berumur 11 tahun.
Jimmy Choo telah menyambung pelajaran dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. Bapa beliau telah menanggung kos pengajian pada tahun pertama sahaja. Jimmy Choo melakukan pekerjaan secara separuh masa sebagai pencuci di restoran serta kilang kasut demi menampung kos pengajian bagi tahun-tahun seterusnya. Selepas menamatkan pengajian, Jimmy Choo mempunyai wawasan yang jelas untuk membuka kedai kasut dengan menyewa sebuah bangunan hospital yang lama ditinggalkan. Beliau mengharungi pelbagai cabaran selama 4 tahun namun jualan kasut beliau amat menyedihkan. Selepas empat tahun mengharungi cabaran, rekaan beliau telah mendapat liputan di Majalah Vogue yang merupakan sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo telah mula dikenali tetapi beliau masih kecewa jualannya semakin merosot.
Nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa apabila Puteri Diana, Ratu London  berkenaan dengan kasut rekaan beliau.Pada tahun 1996, Jimmy Choo mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Pada April 2001, Jimmy Choo menjual pegangan 50 peratus dalam syarikat dengan harga sebanyak £ 10 juta bagi menumpukan kerja-kerja beliau dalam Jimmy Choo Couture yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd. Jenama Jimmy Choo yang dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan telah menjadi kegilaan artis serta selebriti di serata dunia. Kasut rekaan Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti The Devils Wear Prada dan sebagainya.  Beliau bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo Ltd.
            Beliau menubuhkan syarikat tersebut dengan hasil titik peluhnya dan memilih saluran komunikasi yang efektif bagi memasarkan rekaan-rekaan terbaru beliau. Ramai pelanggan meminati rekaan kasut Jimmy Choo kerana stail pengurusannya berorientasikan pelanggan. Jimmy Choo juga mempunyai wawasan yang tinggi dalam memperkembangkan syarikat beliau, Jimmy Choo Ltd dengan membuat promosi, menawarkan diskaun, memberi perkhidmatan istimewa dan lain-lain bagi menarik minat para pelanggan. Beliau juga bijak menyelesaikan sebarang konflik yang dihadapi tentang pertikaian mengenai rekaan beliau.
Jimmy Choo mendapat anugerah OBE “Order of The British Empire” daripada Permaisuri England, Ratu Elizabeth II. Kesungguhan serta wawasan yang jelas merupakan kejayaan beliau dalam merangkul anugerah tersebut. Beliau merupakan usahawan yang memikirkan apa yang terbaik untuk syarikat, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan yang ramai serta cara bagi mengekalkan kualiti barangan rekaannya. Jimmy Choo mempunyai hala tuju yang jelas dalam membangunkan syarikat beliau ke peringkat antarabangsa contohnya, ketika ekonomi merosot beliau akan memikirkan cara-cara mengatasi masalah tersebut. Beliau akan bertindak sebagai penyelesai masalah dengan segera kerana beliau ingin memperkembangkan perniagaan beliau.

Thursday, 8 December 2016

TAAT



Definisi bagi penuh perhatian adalah seseorang yang memberi perhatian yang ketat, Selain itu, ia juga bermaksud seseorang yang selau berhati-hati dalam memerhati. Sebagai seorang usahawan, memberi penuh perhatian adalah rahsia untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Memberi perhatian yang sepenuhnya adalah penting untuk setiap usahawan. Oleh itu, seorang usahawan yang memberi penuh perhatian mesti mencuba sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan orang lain dan pada masa yang sama mereka akan memperoleh keuntungan yang besar dalam perniagaan mereka.

        Dalam sifat ini, Ananda Krishnan adalah contoh sebagai usahawan yang penuh perhatian. Hal ini kerana beliau seorang usahawan yang suka meneliti keperluan masyarakat pada zaman sekarang. Salah satu hasil pemerhatiann beliau ialah televisyen yang mana masyarakat sekarang sangat perlukan. Televisyen adalah penting bagi masyarakat zaman sekarang untuk mendapat berita dan keseronokkan. Beliau mencipta televisyen kerana beliau ingin kesemua masyarakat suka dan seronok menonton televisyen. Dengan menonton televisyen, seseorang itu boleh memperoleh lebih banyak ilmu.Hal ini akan memebuat masyarakat lebih ambil berat dengan sekeliling mereka dengan melihat berita di televisyen.

        Tambahan pula, Ananda Krishnan juga sedar yang masyarakat suka berhubung antara satu sama lain. Beliau faham yang masyarakat sentiasa perlu untuk berkomunikasi antara satu sama lain sama ada mereka rapat atau jauh kerana ia amat penting bagi keperluan masyarakat sekarang. Sebagai usahawan yang penuh perhatian seperti beliau sentiasa mencari penyelesaian untuk mencapai kepelruan masyarakat. Oleh itu, beliau melibatkan diri dalam syarikat telekomunikasi iaitu Maxis. Dengan terlibatnya dalam telekomunikasi ini, beliau dapat memperoleh banyak keuntungan. Hal ini menunjukkan apabila anda memerhati sesuatu sebelum anda melakukannya, ia akan memberi keputusan yang sangat baik untuk masa depan kita.

        Secara ringkasnya, Ananda Krishnan adalah salah satu usahawan yang ada sifat penuh perhatian dalam hidupnya untuk meningkatkan lagi perniagaannya. Dengan itu, kita harus belajar untuk menjadi usahawan yang berjaya, kita mesti memerhati sekeliling kita terlebih dahulu. Hal ini akan membuat perniagaan kita lebih mengembang dan terkenal.

PENGAMBIL RISIKO TERBUKA



Risiko adalah satu kemungkinan benda buruk atau tidak baik akan berlaku pada masa depan. Sebagai seorang usahawan, beliau mesti berani untuk mengambil risiko. Hal ini kerana, sesiapa yang takut untuk mengambil risiko berkebolehan kehilangan peluang untuk berjaya. Oleh itu, mengambil risiko adalah bahagian yang sangat penting dalam kehidupan keusahawanan. Seseorang yang ingin menjadi usahwanan yang berjaya mesti berani dan sanggup untuk mengambil risiko ketika membuat keputusan. Kita dapat lihat yang Tony Fernandes adalah seorang usahawan yang mengambil risiko terbuka.

        Tony Fernandes adalah pengasas syarikat penerbangan AirAsia yang mempunyai slogan “Now everyone can fly”. Selepas beliau lulus menamatkan pengajian, beliau diberi tawaran gaji yang tinggi tetapi beliau seorang yang suka mengambil risiko. Beliau sanggup berhenti kerja tersebut dan beralih kepada dunia industri syarikat penerbangan kerana ingin mengejar impian pada zaman kanak-kanak beliau.

        Tony Fernandes ingin membuka satu penerbangan diskaun dalam negaranya sendiri, Malaysia tetapi beliau belum mendapat lesen. Oleh itu, beliau membuat keputusan untuk membeli AirAsia, dimana masa itu AirAsia hampir bankrup. Beliau mencagarkan rumah dan simpanan peribadi beliau untuk memperoleh AirAsia. Pada masa itu , kebanyakan pemberi pinjaman dan penganalisis industri berfikir bahawa beliau akan gagal dan boleh menjadi lebih teruk. Namun, beliau tidak berputus asa. Ini kerana beliau berkata bahawa “Tiada yang mustahil’,

        Tony telah membuktikan bahawa dia benar dan sesiapa yang mengkritik beliau akan gagal adalah salah. Airasia sudah berjaya. Dalam penjagaan beliau, berlaku keajaiban untuk AirAsia. Beliau dapat menjadikan AirAsia memperoleh keuntungan dalam masa 2 tahun. Pada masa ini, AirAsia sudah terbang ke 20 buah negara dalam dunia.

        Tony Ferandes menunjukkan bahawa kalau seseorang itu ingin berjaya, beliau mesti berani mengambil risiko dan mencuba benda baru. Kita mesti yakin apabila membuat sesuatu dan mesti percaya tiada yang mustahil.


Tuesday, 6 December 2016

RANGKAIAN

   







Seorang usahawan yang berjaya pada abad ke-21 pada masa kini perlu mempunyai maklumat terkini supaya perniagaan mereka tidak ketinggalan dengan pesaing-pesaing mereka. Bagi seseorang usahawan yang berjaya dalam perniagaan yang diceburinya , mereka mestilah mempunyai strategi dan ilmu pengetahuan dalam menggunakan rangkaian untuk mengembangkan perniagaan mereka ke pelosok dunia . Oleh itu, usahawan perlu mempunyai rangkaian dalaman dan luaran bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan berkesan untuk perniagaan yang diusahakannya. Usahawan yang memperoleh maklumat daripada rangkaian dalaman mahupun luaran akan dapat menghasilkan pelbagai idea yang kreatif dan inovatif dan mampu untuk memasarkan produk mereka dengan cara yang baru serta menghasilkan produk yang lebih baik. Hal ini akan menyebabkan perniagaan mereka sentiasa berada di tahap yang memuaskan hati para pelanggan.


           Rangkaian perniagaan dapat memastikan penyampaian dan perolehan maklumat dengan efisien dalam merebut peluang untuk mengembangkan perniagaan. Ia dapat dibentuk melalui laman web, blog, kad nama perniagaan, edaran risalah, melawat rakan perniagaan untuk merapatkan hubungan dan lain-lain. Jadi, rangkaian hubungan dengan pelanggan dan rakan usahawan perlu dipelihara menjamin perkembangan perniagaan yang lebih meluas. 
          Robert Kuok Hock Nien menyatakan bahawa kunci kejayaannya adalah keberaniannya mencuba apa jua bidang perniagaan dan mempunyai tenaga pekerja yang jujur dan setia. Kuok selalu percaya tidak mempunyai jalan singkat ke arah kejayaan kerana kejayaan memerlukan hasil keras. Selain daripada perniagaan gula, beras dan tepung di Malaysia, beliau juga banyak melabur di negara Asia. Perniagaannya merangkumi penanaman tebu (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, pemakanan binatang, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan.
          Robert Kuok dikenali dengan pendirian seorang yang teliti, bercita-cita tinggi, kurang bercakap, mudah didampingi, pertuturan lemah lembut, sopan dan tertib. Beliau mempelajari membina hubungan rapat dengan mengikut jejak bapanya, Kuok Keng Kang yang menguruskan syarikat Tong Seng dan mengamalkan hubungan baik dengan pemimpin Melayu Johor.
          Beliau menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing. Pada tahun 1964, beliau mendirikan kilang gula pertama di Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan. Beliau turut membuka ladang tebu pertama di Malaysia, Perlis Plantation di tanah milik kerajaan melalui pertolongan FELDA. Sekitar 1970-an, Kuok mengekalkan hubungan dengan kerajaan Indonesia untuk mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional. Kesannya, ladang berjaya diluaskan ke Indonesia.
         Kejayaan Kuok menjadi dorongan kepada kerajaan untuk mendapatkan bantuan beliau bagi menubuhkan Malaysia-Singapore Airlines (MSA) pada lewat 1960-an serta syarikat perkapalan ulung negara, Malaysia Shipping Line Corporation pada 1968 ( kini MISC ). Pada tahun 1960-an dan 1980-an, Kuok memberanikan diri untuk melabur di negara bergolak seperti Indonesia dan Filipina ketika waktu orang lain tidak berani untuk melangkau langkah mereka. Hasilnya, beliau berjaya menjalin hubungan kukuh dengan pihak berkuasa negara terbabit.
             Kejayaan Kuok bukan sahaja di Indonesia, Malaysia dan Singapore, beliau turut menubuhkan Kerry Trading Company (kerry) di Hong Kong dan melangkah ke bidang media serta hartanah seperti South China Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa Inggeris terunggul yang dibelinya dari Rupert Murdoch pada 1993 dan juga The Bangkok Post telah dikuasai olehnya. Beliau juga mengambil alih TVE Holdings yang terlibat dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan penerbitan pada tahun 1996. Dengan bangganya, beliau menjadi ahli perniagaan Asia pertama yang membina rangkaian hotel lima bintang, Shangri-la.
              Dari Hong Kong, Kuok beralih ke tanah besar China dengan melibatkan diri dalam bidang pembangunan hartanah, hotel, dagangan, komoditi, khidmat gudang dan Coca Cola. Beliau juga memupuk hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina Asia  bagi meluaskan pasarannya serta mengembangkan potensi beliau .

PROAKTIF

 Usahawan yang proaktif akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan. Usahawan memiliki matlamat, wawasan dan sentiasa mahu maju ke hadapan. Usahawan akan lebih kreatif dan mahir menghasilkan produk dan perkhidmatan dalam dunia perniagaan. Usahawan yang proaktif juga melibatkan pencarian peluang baru yang di luar bidang operasi perniagaan.
                Seseorang usahawan perlu bersikap proaktif dalam perniagaan. Beliau perlu mencari maklum balas terutamanya daripada pelanggannya dan bukan menunggu pelanggan membuat aduan. Selain itu, sekiranya terdapat aduan dan sungutan pelanggan mengenai keluaran ataupun perkhidmatan yang ditawarkan, usahawan seharusnya tidak cepat marah tetapi sebaliknya bersifat terbuka dan menerima aduan tersebut dengan senang hati. Ini kerana, melalui maklum balas tersebut, usahawan dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan.
      

             





 Tambahan lagi usahawan yang proaktif adalah berkaitan dengan usahawan yang bertindak secara inisiatif terhadap peluang dalam pasaran, tindakan mengambil peluang ini ialah untuk membentuk sesuatu persekitaran baru. Tindakan ini selalunya menyebabkan firma yang keusahawanan itu menjadi pemimpin di dalam pasaran dengan mempengaruhi kaedah bersaing dengan membina permintaan baru.
              Sebagai contoh usahawan yang proaktif iaitu usahawan runcit iaitu Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin .Beliau telah  menjadi Pengasas pasaraya Mydin selepas ayah beliau. Pasaraya Mydin adalah sebuah pasaraya yang menawarkan harga barangan yang murah berbanding pasaraya lain. Pengasas bagi Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein. Permulaannya pada tahun 1957, beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan. Bermula dengan simpanan sendiri dan kemudiannya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, beliau kini berjaya memiliki lebih daripada 200 kedai termasuklah 12 pasaraya besar, 18 emporium borong, 3 bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai serbaneka & 5 francais di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Namun selepas Tuan Mydin, anak beliau Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin menyambung legasi ini sebagai Pengarah Utusan Mydin.
              Beliau bersikap proaktif dengan mencari peluang dalam pasaran serta memenuhi permintaan dipasaran dengan harga yang berpatutan untuk bersaing dengan pasaraya tempatan yang lain.Beliau juga mencari maklum balas dari pelanggan untuk memenehu permintaan baru pelanggan.

KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN


Kegagalan dalam biang keusahawanan tidak dapat dielakkan. Sebahagian usahawan juga pernah menghadapi cabaran dan kegagalan dalam sesuatu projek semasa pembinaan perniagaan. Malah, kegagalan ini juga wujud banyak dalam kalangan usahawan. Tetapi satu definisi kejayaan adalah lebih sederhana. Ia bermaksud hasil atau keputusan. Oleh itu, jika kejayaan tidak semestinya positif, maka dengan alasan kegagalan itu tidak semestinya negatif. Apa yang penting adalah untuk menangani kegagalan, belajar daripada mereka dan beralih kepada apa yang akan datang tanpa sama sekali mematahkan semangat pasukan anda. Usahawan yang bijak akan menganggap kegagalan ini merupakan peluang untuk mempelajari dan mencuba lagi sehingga berjaya.
Sebagai contoh, Thomas Alfa Edison ialah seorang pereka dan usahawan Amerika Syarikat yang mengembangkan banyak perati yang amat mempengaruhi kehidupan di seluruh dunia. Digelar “Yang Pintar” dari seorang wartawan, beliau adalah seorang pereka terawal yang menggunakan pengeluaran secara besar-besaran untuk proses perekaan. Thomas Edition telah diaggap sebagai salah satu pereka yang paling berpengaruh dalam sejarah penciptaan. Thomas Alfa Edison ialah seorang pencipta lampu. Pada awal penciptaan mentol lampu, Thomas Edison gagal untuk mendapatkan wang pinjaman kerana masyarakat beranggapan bahawa penciptaannya agak mustahil untuk berjaya.
Setelah mendapat pinjaman, Thomas berusaha mencipta mentol lampu. Percubaannya selalu gagal sehingga beratus kali cubaan. Namun ia tidak mematahkan semangat dan tidak menganggap dirinya seorang yang gagal. Thomas edition terus melakukan percubaannya dalam mencipta mentol lampu sehingga berjaya pada percubaannya yang ke seribu.