Tuesday, 6 December 2016

PROAKTIF

 Usahawan yang proaktif akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan. Usahawan memiliki matlamat, wawasan dan sentiasa mahu maju ke hadapan. Usahawan akan lebih kreatif dan mahir menghasilkan produk dan perkhidmatan dalam dunia perniagaan. Usahawan yang proaktif juga melibatkan pencarian peluang baru yang di luar bidang operasi perniagaan.
                Seseorang usahawan perlu bersikap proaktif dalam perniagaan. Beliau perlu mencari maklum balas terutamanya daripada pelanggannya dan bukan menunggu pelanggan membuat aduan. Selain itu, sekiranya terdapat aduan dan sungutan pelanggan mengenai keluaran ataupun perkhidmatan yang ditawarkan, usahawan seharusnya tidak cepat marah tetapi sebaliknya bersifat terbuka dan menerima aduan tersebut dengan senang hati. Ini kerana, melalui maklum balas tersebut, usahawan dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan.
      

             





 Tambahan lagi usahawan yang proaktif adalah berkaitan dengan usahawan yang bertindak secara inisiatif terhadap peluang dalam pasaran, tindakan mengambil peluang ini ialah untuk membentuk sesuatu persekitaran baru. Tindakan ini selalunya menyebabkan firma yang keusahawanan itu menjadi pemimpin di dalam pasaran dengan mempengaruhi kaedah bersaing dengan membina permintaan baru.
              Sebagai contoh usahawan yang proaktif iaitu usahawan runcit iaitu Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin .Beliau telah  menjadi Pengasas pasaraya Mydin selepas ayah beliau. Pasaraya Mydin adalah sebuah pasaraya yang menawarkan harga barangan yang murah berbanding pasaraya lain. Pengasas bagi Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein. Permulaannya pada tahun 1957, beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan. Bermula dengan simpanan sendiri dan kemudiannya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, beliau kini berjaya memiliki lebih daripada 200 kedai termasuklah 12 pasaraya besar, 18 emporium borong, 3 bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai serbaneka & 5 francais di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Namun selepas Tuan Mydin, anak beliau Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin menyambung legasi ini sebagai Pengarah Utusan Mydin.
              Beliau bersikap proaktif dengan mencari peluang dalam pasaran serta memenuhi permintaan dipasaran dengan harga yang berpatutan untuk bersaing dengan pasaraya tempatan yang lain.Beliau juga mencari maklum balas dari pelanggan untuk memenehu permintaan baru pelanggan.

No comments:

Post a Comment