Friday, 9 December 2016
TAN SRI LIM GOH TONG
Tan Sri Lim Goh Tong merupakan pengasas Genting Group, usahawan terkaya di Asia Tenggara pada tahun 2007. Beliau berjaya membukaan pusat hiburan Genting Highlands di negeri Pahang. Selain itu, beliau juga merupakan pengasas kasino di Malaysia dan beliau dikenali sebagai Raja Penjudi di Asia. Walaupun Tan Sri Lim Goh Tong tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi tetapi usaha yang gigih beliau membolehkan beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya. Ciri-ciri keusahawan yang dimiliki oleh Tan Sri Lim Goh Tong adalah seperti berikut :
Berwawasan
Berwawasan bermaksud seseorang yang mempunyai ciri pandangan jauh yang mendalam, terutamanya perkara yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dan lain-lain yang juga dirujuk sebagai penglihatan.. Seseorang yang berwawasan akan memikirkan atau merancang masa depan dengan imaginasi atau kebijaksanaannya. Tan Sri Lim Goh Tong memiliki ciri berwawasan untuk menubuhkan sesuatu perniagaan. Hal ini kerana berani mengubah Genting Highland dari puncak bukit yang belum diterokai kepada resort kasino yang terkenal dalam dunia ini. Apabila Tan Sri Lim Goh Tong sedang menikmati angin sejuk yang menyejukkan hati di Cameron Highlands menyebabkan beliau mempunyai visi dan hala tuju yang ingin dicapai iaitu membina sebuah kawasan pelancongan terletak di kawasan yang nyaman dan selesa. Kemudian beliau telah melakukan penyelidikan dan rancangan untuk memilih kawasan puncak gunung sebagai kawasan pembinaan Genting Highlands Resort. Beliau membentuk ekspedisi dan meneroka tempat, mengumpul pelbagai data mengenai topografi, saliran, keadaan tanah dan aspek-aspek lain yang berkaitan di rantau ini, pelbagai data ini sangat berguna dalam merangka pelan untuk membangunkan resort di puncak gunung yang mempunyai udara yang nyaman dan selesa yang mesti dapat menarik minat pelancong-pelancong.
Seterusnya, visi yang dimiliki oleh Tan Sri Lim Goh Tong bekerja keras untuk meneruskan rancangannya tanpa peduli sesiapa sahaja supaya matlamatnya membina sebuah pusat pelancongan yang bertaraf dunia dapat dicapai. Pada tahun 1971, Tan Sri Lim Goh Tong telah berjaya membina sebuah hotel yang pertama di Genting Highlands
Resort iaitu Hotel Theme Park. Selepas itu, beliau telah mengembangkan Genting Highlands Resort dengan mengandungi 5 hotel, Taman Tema Genting Highlands, pusat beli-belah dan pusat konsert. Ini menunjukkan beliau telah berjaya menubuhkan sebuah pusat hiburan yang terkenal di dunia. Akhirnya, beliau dianggap sebagai usahawan yang berjaya dan dikagumi oleh para peniaga.
Mengambil Risiko Terbuka
Mengambil risiko terbuka bermaksud usahawan yang akan mengalami ketidaktentuan dalam perniagaan sama ada kerugian atau keuntungan. Tan Sri Lim Goh Tong merupakan seorang usahawan berani mengambil risiko secara terbuka. Selepas Tan Sri Lim Goh Tong membuat keputusan untuk membangunkan projek Genting Highlands Resort sebagai destinasi pelancongan. Projek Genting Highlands Resort dianggap sebagai projek yang tidak akan berjaya dilaksanakan pada ketika dahulu kerana orang ramai menganggap projek ini terletak di kawasan puncak gunung dan terpaksa menanggung risiko yang tinggi sama ada risiko dari segi kewangan atau keselamatan dan beliau pernah dilabel sebagai orang gila. Walau bagimanapun, Tan Sri Lim Goh Tong berani untuk mengambil dan menilai risiko tersebut sampai beliau hampir mengalami muflis. Beliau telah mengambil risiko dengan melaburkan segala kewangan yang banyak dan masa yang sedia ada untuk menjayakan projek yang dianggap tidak waras ini. Semasa projek Genting Highlands Resort dijalankan, beliau tidak dapat sebarang kewangan atau pendapatan sebanyak 7 tahun.
Kawasan Genting Highland merupakan suatu puncak bukit yang belum diterokai. Oleh itu, keselamatan sepanjang projek dijalankan amat bahaya. Sebagai contoh, brek kereta hilang fungsi dan menyebabkan keretanya hampir terbabas ke dalam gaung. Beliau juga pernah ditimpa pokok dan menyebabkan kepala beliau berdarah-darah. Walaupun risiko diambil oleh Tan Sri Lim Goh Tong sangat tinggi sehingga nyaris hilang nyawa berkali-kali tetapi risiko dihadapi juga memberi peluang kepada beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan kemunculan sebuah pusat pelancongan yang bertaraf dunia iaitu Genting Highlands Resort yang dapat menarik minat pelancong-pelancong asing.
Rangkaian
Rangkaian bererti hasil dari strategi hubungan yang lepas dan sumber untuk strategi yang akan datang. Usahawan perlu menjalin hubungan yang baik dengan kakitangan, pelanggan, pembekal, institusi kewangan, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan bagi memudahkan pengurusan perniagaan. Contohnya, Tan Sri Lim Goh Tong sentiasa menjaga pekerja-pekerjanya dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang paling berharga. Selain itu, Tan Sri Lim Goh Tong mengamalkan sikap dengan menepati masa yang telah dibuat. Beliau akan hadir 10 minit lebih awal dari masa yang telah dijanjikan dan tidak pernah memungkiri janji yang telah dibuat walaupun orang itu merupakan pekerja yang berada di peringkat paling bawah. Ini disebabkan beliau mempercayai perkara seperti ini akan menjejaskan hubungan yang telah dibina dan kelakuan ini perlu dijauhi. Usaha beliau berjaya mendapati rangkaian yang kukuh dari segi dalaman dan luaran.
Amalan merendah diri dan sikap yang jujur membolehkan Tan Sri Lim Goh Tong mempunyai rangkaian perniagaan yang luas. Hubungan rangkaian amat diperlukan kerana ia membolehkan usahawan mendapat sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian. Hubungan yang baik dan rapat dapat membawa kelebihan kepada usahawan. Tan Sri Lim Goh Tong yang mempunyai banyak kenalan membolehkan beliau mendapat hak pembinaan Genting Highlands Resort dan lesen kasino dari Tunku Abdul Rahman. Rangkaian yang luas membolehkan beliau mengembangkan perniagaannya ke seluruh dunia.
Orientasi Pasukan
Orientasi pasukan merupakan bekerja dengan orang lain secara berkesan dalam satu pasukan. Hal ini sangat penting kepada seseorang usahawan kerana tidak semua kerja dapat dilakukan secara bersendirian. Genting Group ditubuhkan untuk mengurus perniagaan Tan Sri Lim Goh Tong yang melibatkan banyak industri lain seperti perladangan, hartanah, kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas dan industri bot
persiaran. Beliau membuat kerja secara berkumpulan bersama dengan pekerja-pekerjanya tanpa mengira pangkat. Beliau bertindak sebagai pengurus projek Genting Highlands Resort, jurutera, buruh dan pengawal kewangan. Kebaikan bekerja dalam satu pasukan ialah membolehkan beliau mendengar pandangan daripada pekerja untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, apabila projek Genting Highlands Resort dijalankan beliau akan bersama dengan pasukannya merentas hutan rimba dan mendaki gunung untuk sampai ke puncak gunung bagi tujuan membuat penilaian keadaan tanah dan aspek-aspek lain dan bukannya duduk di pejabat dan memberi arahan kepada pekerjanya sahaja. Beliau sanggup tinggal dalam hutan bersama dengan pasukanya bagi menyiapkan projek Genting Highlands Resort. Beliau akan menganggap pasukannya sebagai aset yang berharga kerana mereka dapat memperbaikikan kelemahan beliau. Oleh itu, beliau selalu memberi prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pekerjanya. Ini membolehkan pekerjanya sanggup bekerja keras bersama beliau untuk mencapai cita-citanya.
Kegagalan Adalah Satu Pilihan
Kegagalan adalah satu perkataan yang membawa maksud konotasi yang negatif. Kegagalan ini akan berlaku jika anda melakukan perkara yang tidak berfaedah atau tidak dirancang dengan baik. Usaha dan sikap optimistik adalah sangat penting dalam menghadapi kegagalan. Usahawan yang berjaya akan belajar daripada kesilapan dan bangkit daripada terus gagal, belajar daripadanya serta menganalisis kelemahan yang telah berlaku sebagai garis panduan untuk mengatasi kelemahan. Contohnya, Tan Sri Lim Goh Tong pernah menghadapi berkali-kali kegagalan dalam kehidupannya tetapi beliau menjadikan kegagalan dihadapi sebagai pengalaman. Seterusnya, beliau akan cuba untuk memperbaiki kelemahannya untuk mengelakkan pembuatan semula kesilapan yang sama.
Tan Sri Lim Goh Tong menyatakan bahawa kegagalan yang paling besar ialah masalah tidak mempunyai keberanian untuk membangkit semula dari kegagalan. Sebagai contoh, beliau telah mengalami masalah kesusahan mengangkat bahan binaan dan membuka jalan yang berhubung ke puncak gunung untuk tujuan pembinaan hotel
semasa menjalankan projek Genting Highlands Resort. Akhirnya, sikap tidak berputus asa dan sentiasa belajar dari kegagalan beliau berjaya membina jalan yang berhubung ke puncak gunung dalam tempoh masa selama 6 tahun sahaja untuk membina jalan tersebut. Masa digunakan untuk menyiapkan jalan tersebut adalah jauh beza dengan anggaran Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menganggap iaitu selama 15 tahun. Sikap belajar dari kesilapan menbolehkan beliau menjadi seorang usahawan yang terkaya di antara negara Asia.
Secara kesimpulannya, kerjayaan Tan Sri Lim Goh Tong perlu menitikberatkan sikap beliau yang tidak berputus asa dan memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Usaha keras, perhatian dan pengorbanan beliau membuahkan hasil dalam setiap pekerjaan yang hendak dilakukan. Beliau berani untuk mengambil risiko dan menerima pengajaran. Tan Sri Lim Goh Tong bukan sahaja membangunkan dan meningkatkan perniagaannya, namun jasa dan pengorbanan yang dibawa bersama nama negara akan dikenang sehingga akhir hayatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment