Seorang usahawan yang berjaya pada abad ke-21 pada masa kini perlu mempunyai maklumat terkini supaya perniagaan mereka tidak ketinggalan dengan pesaing-pesaing mereka. Bagi seseorang usahawan yang berjaya dalam perniagaan yang diceburinya , mereka mestilah mempunyai strategi dan ilmu pengetahuan dalam menggunakan rangkaian untuk mengembangkan perniagaan mereka ke pelosok dunia . Oleh itu, usahawan perlu mempunyai rangkaian dalaman dan luaran bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan berkesan untuk perniagaan yang diusahakannya. Usahawan yang memperoleh maklumat daripada rangkaian dalaman mahupun luaran akan dapat menghasilkan pelbagai idea yang kreatif dan inovatif dan mampu untuk memasarkan produk mereka dengan cara yang baru serta menghasilkan produk yang lebih baik. Hal ini akan menyebabkan perniagaan mereka sentiasa berada di tahap yang memuaskan hati para pelanggan.
Rangkaian perniagaan dapat memastikan penyampaian dan perolehan maklumat dengan efisien dalam merebut peluang untuk mengembangkan perniagaan. Ia dapat dibentuk melalui laman web, blog, kad nama perniagaan, edaran risalah, melawat rakan perniagaan untuk merapatkan hubungan dan lain-lain. Jadi, rangkaian hubungan dengan pelanggan dan rakan usahawan perlu dipelihara menjamin perkembangan perniagaan yang lebih meluas.
Robert Kuok Hock Nien menyatakan bahawa kunci kejayaannya adalah keberaniannya mencuba apa jua bidang perniagaan dan mempunyai tenaga pekerja yang jujur dan setia. Kuok selalu percaya tidak mempunyai jalan singkat ke arah kejayaan kerana kejayaan memerlukan hasil keras. Selain daripada perniagaan gula, beras dan tepung di Malaysia, beliau juga banyak melabur di negara Asia. Perniagaannya merangkumi penanaman tebu (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, pemakanan binatang, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan.
Robert Kuok dikenali dengan pendirian seorang yang teliti, bercita-cita tinggi, kurang bercakap, mudah didampingi, pertuturan lemah lembut, sopan dan tertib. Beliau mempelajari membina hubungan rapat dengan mengikut jejak bapanya, Kuok Keng Kang yang menguruskan syarikat Tong Seng dan mengamalkan hubungan baik dengan pemimpin Melayu Johor.
Beliau menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing. Pada tahun 1964, beliau mendirikan kilang gula pertama di Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan. Beliau turut membuka ladang tebu pertama di Malaysia, Perlis Plantation di tanah milik kerajaan melalui pertolongan FELDA. Sekitar 1970-an, Kuok mengekalkan hubungan dengan kerajaan Indonesia untuk mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional. Kesannya, ladang berjaya diluaskan ke Indonesia.
Kejayaan Kuok menjadi dorongan kepada kerajaan untuk mendapatkan bantuan beliau bagi menubuhkan Malaysia-Singapore Airlines (MSA) pada lewat 1960-an serta syarikat perkapalan ulung negara, Malaysia Shipping Line Corporation pada 1968 ( kini MISC ). Pada tahun 1960-an dan 1980-an, Kuok memberanikan diri untuk melabur di negara bergolak seperti Indonesia dan Filipina ketika waktu orang lain tidak berani untuk melangkau langkah mereka. Hasilnya, beliau berjaya menjalin hubungan kukuh dengan pihak berkuasa negara terbabit.
Kejayaan Kuok bukan sahaja di Indonesia, Malaysia dan Singapore, beliau turut menubuhkan Kerry Trading Company (kerry) di Hong Kong dan melangkah ke bidang media serta hartanah seperti South China Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa Inggeris terunggul yang dibelinya dari Rupert Murdoch pada 1993 dan juga The Bangkok Post telah dikuasai olehnya. Beliau juga mengambil alih TVE Holdings yang terlibat dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan penerbitan pada tahun 1996. Dengan bangganya, beliau menjadi ahli perniagaan Asia pertama yang membina rangkaian hotel lima bintang, Shangri-la.
Dari Hong Kong, Kuok beralih ke tanah besar China dengan melibatkan diri dalam bidang pembangunan hartanah, hotel, dagangan, komoditi, khidmat gudang dan Coca Cola. Beliau juga memupuk hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina Asia bagi meluaskan pasarannya serta mengembangkan potensi beliau .
No comments:
Post a Comment